Pemain Kanada, Alphonso Davies meraikan jaringan berdepan Croatia di Piala Dunia. FOTO AFP
Pemain Kanada, Alphonso Davies meraikan jaringan berdepan Croatia di Piala Dunia. FOTO AFP
Reuters

Doha: Alphonso Davies menjadi pemain lelaki Kanada pertama menjaringkan gol di Piala Dunia apabila menewaskan penjaga gawang Croatia, Dominik Livakovic pada minit ke-2 permainan dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan F.

Kanada mengambil bahagian dalam Piala Dunia lelaki buat kali kedua selepas kali terakhir layak di kejohanan itu pada 1986 di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan tanpa kemenangan dan menjaringkan gol.

Pada Piala Dunia tahun ini di Qatar, mereka tewas 1-0 kepada Belgium sekalipun memberi tentangan sengit buat skuad Red Devils itu.

Kanada akan berdepan Maghribi pada aksi terakhir mereka dalam peringkat kumpulan pada Khamis.

Pasukan kebangsaan wanita Kanada, ketika ini berada di ranking ketujuh dunia, malah merupakan juara Olimpik dan beraksi pada setiap Piala Dunia bermula 1995.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 1:30 AM