Pertahanan Perancis, Lucas Hernandez (tengah) dibantu oleh pasukan perubatan ketika aksi berdepan Australia. FOTO AFP
Pertahanan Perancis, Lucas Hernandez (tengah) dibantu oleh pasukan perubatan ketika aksi berdepan Australia. FOTO AFP
AFP

Doha: Pemain pertahanan Perancis, Lucas Hernandez terlepas baki saingan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan lutut ketika juara bertahan itu mencatat kemenangan ke atas Australia.

Pertahanan Bayern Munich mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) koyak ketika skuad itu menang 4-1 kepada skuad Socceroos.

Persekutuan Bola Sepak Perancis mengesahkan pemain berkenaan berada dalam senarai kecederaan pasukan mereka.

Ia termasuk pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema yang terpaksa disisihkan daripada kejohanan dengan kecederaan paha kiri pada Sabtu.

Paul Pogba, N'Golo Kante dan Presnel Kimpembe - tiga pemain utama yang memenangi Piala Dunia 2018 di Russia juga terpaksa direhatkan kerana kecederaan sebelum pasukan kebangsaan itu berlepas ke Qatar.

Jurulatih, Didier Deschamps terpaksa membuat pilihan yang ada dalam skuad 24 pemain itu.

Deschamps dalam kenyataan berkata: "Sama seperti pasukan lain, pemain dan staf, saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku kepada Lucas.

"Kami kehilangan pemain utama. Lucas seorang pejuang dan saya tidak meragui dia akan melakukan segala termampu untuk kembali pada tahap kecergasan terbaik."

Perancis dalam usaha mempertahan kejuaraan sejak Brazil melakukannya pada 1962.

Mereka terpaksa bangkit selepas ketinggalan menerusi gol pembukaan Craig Goodwin di awal permainan untuk skuad Socceroos.

Olivier Giroud meledak dua gol untuk menyamai rekod Thierry Henry dalam senarai penjaring sepanjang zaman skuad Perancis dengan 51 gol, Adrien Rabiot dan Kylian Mbappe turut mencetak nama dalam senarai penjaring gol.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 7:34 PM