RONALDO mengakui tidak pernah ada masalah dengan mana-mana kelab atau jurulatih. FOTO fail AFP
RONALDO mengakui tidak pernah ada masalah dengan mana-mana kelab atau jurulatih. FOTO fail AFP
AFP

Manchester: Cristiano Ronaldo mendakwa dia diprovokasi dengan rasa kurang hormat oleh pengurus Manchester United, Erik ten Hag apabila enggan masuk sebagai pemain gantian menentang Tottenham, bulan lalu.

Ronaldo menjadi figura tumpuan di atas padang pada musim pertama Ten Hag membimbing pasukan itu.

Dalam episod terakhir temu bual bersama TalkTV, Ronaldo menjawab kritikan selepas dia enggan masuk ke padang, sebaliknya kemudian meninggalkan Old Trafford ketika United menang 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 19 Oktober.

"Saya fikir, dia melakukannya dengan sengaja kata Ronaldo.

"Saya rasa diprovokasi. Saya tidak menghormatinya kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat terhadap saya."

Kelab itu memberikan reaksi dengan menggugurkan pemenang lima kali Ballon d'Or itu pada perlawanan berikutnya menentang Chelsea.

"Saya fikir, itu adalah strategi daripada kelab supaya saya bertindak sedemikian. Saya sangat kecewa dengan komunikasi di Manchester United," katanya.

"Secara jujurnya, saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana kelab atau jurulatih dan mereka menggantung saya selama tiga hari dan saya merasakan ia terlalu banyak."

Penyerang berusia 37 tahun itu dilaporkan mahu meninggalkan kelab sebelum musim bermula apabila United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ronaldo berkata, dia menolak tawaran dari kelab Arab Saudi bernilai AS$364 juta (RM1.657 bilion) untuk dua musim dan menolak dakwaan kurang menarik minit kelab Eropah.

"Surat khabar sampah menyatakan tiada siapa mahukan saya, tetapi ia silap sepenuhnya. Saya gembira berada di sini, saya bermotivasi tinggi untuk melalui musim yang hebat," katanya mengenai tindakannya kekal di United.

"Tetapi, mereka terus mengulangi: 'tiada siapa mahukan Cristiano'. Bagaimana merea tidak mahu pemain yang menjaringkan 32 gol musim lalu termasuk untuk skuad kebangsaan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 9:57 AM