RONALDO mengakui tidak menghormati Ten Hag. FOTO Reuters
RONALDO mengakui tidak menghormati Ten Hag. FOTO Reuters
AFP

Manchester: Cristiano Ronaldo berkata, dia merasa dikhianati Manchester United dan mendakwa pengurus, Erik ten Hag dan eksekutif kanan lain cuba menyingkirkannya dari kelab itu, dalam satu temu bual, hari ini.

Pemenang lima kali Ballon d'Or winner kerap diketepikan sejak Ten Hag membimbing pasukan, Mei lalu.

Ronaldo menunjukkan sikap tidak berdisiplin apabila enggan masuk sebagai pemain gantian ketika menang 2-0 ke atas Tottenham, bulan lalu, tetapi kembali semula dalam kesebelasan utama pasukan kebelakangan ini, malah menjadi kapten ketika Red Devils tewas 1-3 di Aston Villa, hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, penyerang berusia 37 tahun itu tiada senarai ketika menang 2-1 di Fulham, malam tadi, yang juga perlawanan terakhir United sebelum rehat enam minggu sempena Piala Dunia.

"Saya tidak hormat kepadanya kerana dia tidak menghormati saya," kata Ronaldo mengenai Ten Hag dalam temu bual di Piers Morgan Uncensored TV.

"Bukan hanya jurulatih, tetapi dua atau tiga orang lain di kelab. Saya rasa dikhianati."

Apabila ditanya sama ada eksekutif kanan kelab cuba menyingkirkannya, Ronaldo berkata: "Ya, saya rasa dikhianati dan sesetengah orang tidak mahu saya berada di sini, bukan saja tahun ini, tetapi tahun lalu pun sama."

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada Ogos 2021 dari Juventus.

Penggal pertamanya di United cukup cemerlang di bawah bimbingan Alex Ferguson apabila menang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan anugerah Ballon d'Or crowns sebagai pemain terbaik di dunia.

Tetapi, sekalipun menjaringkan 24 gol dalam semua kejohanan musim lalu, United melalui musim teruk apabila menduduki tempat keenam dalam liga dan gagal layak ke UCL.

Ronaldo kemudian dilaporkan berusaha meninggalkan kelab itu sebelum musim ini bermula, tetapi tiada perjanjian dengan kelab baru.

"Sejak Sir Alex bersara, saya tidak nampak evolusi dalam kelab ini. Tiada perubahan," kata Ronaldo mengenai apa yang dilihatnya selepas kembali semula ke kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 8:02 AM