MUSLIM percaya dua kekalahan kepada TFC pada kempen Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran kerana situasinya berbeza di Piala Malayisa. FOTO FB SRI PAHANG
MUSLIM percaya dua kekalahan kepada TFC pada kempen Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran kerana situasinya berbeza di Piala Malayisa. FOTO FB SRI PAHANG
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC akan tampil dengan prestasi lebih baik apabila berdepan Terengganu FC (TFC) pada perlawanan pertama Piala Malaysia pada 27 Oktober ini.

Kaptennya, Muslim Ahmad menyatakan skuad Tok Gajah akan memberikan tentangan sengit kepada lawan dan mencari kelebihan pada aksi timbal balik itu.

"Bermain di halaman sendiri (Stadium Darul Makmur) akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencatat kemenangan sebagai bekalan selesa.

"Kami tidak boleh memberi ruang kepada Terengganu terutama melakukan sebarang kesilapan yang boleh mengecewakan pasukan.

"Sebenarnya, dua kekalahan kepada TFC dalam saingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran kerana masing-masing kini berada pada prestasi terbaik.

"Bagi saya pasukan yang berada pada prestasi terbaik dan memanfaatkan segala peluang akan melangkah lebih jauh pada kempen Piala Malaysia," katanya.

Musim ini, Sri Pahang yang dilatih Datuk Dollah Salleh tewas dua kali kepada TFC dengan jaringan sama, 1-2.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 7:46 PM