KANTE terpaksa berehat selama empat bulan. FOTO AFP
KANTE terpaksa berehat selama empat bulan. FOTO AFP
AFP

London: N'Golo Kante terlepas beraksi bersama Perancis di Piala Dunia selepas Chelsea mengesahkan pemain tengah itu terpaksa diketepikan selama empat bulan selepas selamat menjalani pembedahan berikutan kecederaan hamstring.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak beraksi sejak menentang Tottenham pada Ogos lalu.

"N'Golo Kante selamat menjalani pembedahan pada kecederaan hamstringnya.

"Pemain tengah itu berjumpa pakar serta jabatan perubatan kelab untuk melihat pilihan terbaik pemulihannya dan N'Golo bersetuju menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaannya itu.

"Selepas pembedahan yang berjaya itu, N'Golo kini dijangka diketepikan selama empat bulan," kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Kante menjadi watak penting di sebalik kejayaan Perancis di Rusia empat tahun lalu sekali gus kehilangan besar buat skuad bimbingan Didier Deschamps manakala rakan sepasukannya, Paul Pogba juga belum pasti dapat beraksi pada saingan yang berlangsung di Qatar itu.

Ia juga memberi tamparan kepada harapan Chelsea untuk kembali bersaing merebuat kejuaraan Liga Perdana selepas permulaan yang mengagumkan di bawah bimbingan Graham Potter.

Kante menyinar ketika The Blues memenangi Liga Juara-Juara pada 2020/21, tetapi Chelsea terpaksa melupakan khidmat bekas pemain Leicester itu kerana kecederaan yang berterusan sepanjang tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 6:42 AM