CASILLAS dakwa Twitter digodam. FOTO AFP
CASILLAS dakwa Twitter digodam. FOTO AFP
AFP

Madrid: Penjaga gol Sepanyol yang memenangi Piala Dunia, Iker Casillas berkata Twitternya digodam selepas tweet dari akaunnya mendakwa dia seorang gay.

Casillas, 41, yang membuat 725 penampilan untuk Real Madrid dan memenangi Piala Dunia 2010, dilihat menulis di tweet: "Saya harap anda menghormati saya: saya gay."

Ia diikuti dengan jawapan daripada bekas rakan sepasukannya di Sepanyol, Carles Puyol, yang menulis: "Sudah tiba masanya untuk menceritakan kisah kami, Iker" diikuti dengan emoji ciuman.

Casillas kemudiannya menulis: "Akaun digodam. Mohon maaf kepada semua pengikut saya dan sudah tentu permohonan maaf kepada komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)."

Puyol sendiri memohon maaf atas tweetnya yang dikatakan ditulis sebagai gurauan.

"Saya membuat kesilapan. Saya minta maaf atas gurauan bodoh yang tidak dilakukan dengan niat jahat.

"Saya faham ia mungkin menyinggung perasaan orang ramai. Segala penghormatan dan sokongan saya untuk komuniti LGTBIQA+," tulis Puyol di Twitter.

Mesej Twitter Casillas mendapat kritikan daripada Joshua Cavallo, seorang pemain bola sepak Australia yang secara terbuka mengaku seorang gay.

"Gurauan @IkerCasillas dan @Carles5puyol sangat mengecewakan. Ia adalah satu perjalanan sukar yang perlu dilalui oleh mana-mana golongan LGBTQ+," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 10:12 AM