RODRYGO (kanan) meraikan jaringannya.  FOTO AP
RODRYGO (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AP
AFP

Madrid: Rodrygo dan Federico Valverde menjaringkan gol bagi membolehkan Real Madrid menang 2-1 ke atas seteru setempat, Atletico Madrid dalam perlawanan yang tegang hari ini untuk kembali ke puncak La Liga.

Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan liga dengan cara yang sempurna apabila meraih enam kemenangan berturut-turut.

Kemenangan terbaru menyaksikan Real mempunyai kelebihan dua mata di atas Barcelona, ​​yang sebelum itu merampas kedudukan teratas.

Bagaimanapun aksi hari ini dicemari kata-kata berbaur perkauman yang ditujukan kepada penyerang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Junior.

Penyokong Atletico membaling objek ke arah Vinicius selepas dia meraikan gol seorang lagi pemain Brazil, Rodrygo minit ke-18 dengan menari dan serangan perkauman itu berlanjutan sehingga tamat perlawanan.

"Perlawanan seteru setempat sentiasa penting tetapi hari ini agak berbeza dengan apa yang berlaku.

"Kami bertindak balas di atas padang, dan saya hanya bercakap dengan diri sendiri. Saya sangat gembira dapat beraksi dengan baik dan menjaringkan satu lagi gol," kata Rodrygo.

Madrid kehilangan Karim Benzema mengalami kecederaan manakala tuan rumah memilih Antoine Griezmann dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini.

Valverde menjaringkan gol kedua minit ke-36 menerusi cubaan jarak dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 7:02 AM