HAALAND (biru) cuba melepasi kawalan penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou. -FOTO AFP
HAALAND (biru) cuba melepasi kawalan penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou. -FOTO AFP
AFP

Seville, Sepanyol: Pep Guardiola berkata aksi Erling Haaland yang 'luar biasa' akan menjadi lebih berbahaya jika Manchester City dapat menyesuaikan diri dengan penyerang Norway itu selepas dua jaringannya memberi inspirasi kemenangan 4-0 mengatasi Sevilla dalam Liga Juara-Juara.

Kemampuan Haaland yang luar biasa di depan gol memastikan City memulakan kempen Kumpulan G dengan gaya tersendiri di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Pemain berusia 22 tahun itu meletakkan City di depan pada babak pertama dan kemudian menambah jaringan selepas rehat ketika Phil Foden dan Ruben Dias juga meledakkan nama selaku penjaring.

Minggu ini Guardiola menegaskan bahawa City tidak boleh bergantung sepenuhnya dalam Liga Juara-Juara kepada Haaland.

Namun dia sudah membuat permulaan menakjubkan dalam kariernya berama City selepas berhijrah dari Borussia Dortmund dengan menjaringkan 12 gol dalam hanya tujuh perlawanan membabitkan semua kejohanan.

Haaland sudah meledak 25 kali dalam 20 aksi Liga Juara-Juara, jumlah dilakarnya termasuk ketika penampilan pertama buat City, Dortmund dan Red Bull Salzburg.

Bagaimanapun Guardiola menegaskan City masih belum belajar cara terbaik bermain bersama Haaland kerana mereka kadangkala cuba menggunakannya terlalu awal.

"Kami tidak bermula baik pada babak pertama. Kami mahu menyerang terlalu pantas. Kadangkala kami mahu segera melakukannya kerana Erling ada di sana," kata Guardiola.

"Anda ada tarikan seperti ini jika dia ada, kami kadangkala mahu menyerang. Kami perlu lebih bersabar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2022 @ 8:23 AM