HAALAND dijangka boleh diturunkan apabila Man City menentang Fulham, Sabtu ini. FOTO Reuters
HAALAND dijangka boleh diturunkan apabila Man City menentang Fulham, Sabtu ini. FOTO Reuters
Agensi

London: Erling Haaland semakin baik dan mungkin diturunkan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham, Sabtu ini, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Haaland digantikan ketika rehat pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berkesudahan seri tanpa jaringan dengan bekas kelabnya, Borussia Dortmund pada 25 Oktober kerana mengalami demam dan kesakitan kaki.

Dia terlepas ketika menang perlawanan EPL di Leicester City dan tidak dapat diturunkan pada aksi UCL menentang Sevilla, awal pagi Khamis ini.

"Erling tidak boleh diturunkan untuk perlawanan esok," kata Guardiola.

"Dia semakin baik jika dibandingkan dengan Sabtu dan Ahad lalu, tetapi keadaannya belum 100 peratus.

"Kami tidak mahu mengambil risiko dan ia tidak masuk akal. Diharapkan dia boleh beraksi apabila menentang Fulham."

Haaland mencipta rekod apabila menjaringkan 22 gol dalam 15 perlawanan awal untuk City.

City melayan Sevilla, awal pagi esok selepas sudah mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan dan layak ke pusingan 16 terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2022 @ 9:38 PM