AKANJI (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain Bayern Munich,  Robert Lewandowski.
AKANJI (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski.
Reuters

Manchester, England: Manchester City menandatangani pertahanan antarabangsa Switzerland, Manuel Akanji dengan kontrak lima tahun dari Borussia Dortmund, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu yang mempunyai 41 kap bersama negaranya adalah pemain kelima ditandatangani City pada jendela perpindahan yang berakhir awal pagi esok.

Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain berkata, Akanji menepati ciri-ciri pertahanan yang diperlukan pengurus, Pep Guardiola.

"Kami tertarik dengan prestasi dia ketika bersama Dortmund, dia pertahanan yang bagus dan sedia beraksi di EPL dan Liga Juara-Juara," katanya dalam laman web kelab.

"Dia mempunyai segalanya yang diperlukan sebagai pertahanan tengah. Dia kuat, pantas, selesa ketika mengawal bola, mempunyai hantaran tepat, menghargai rakan sepasukan dan sesuai dengan falsafah permainan kami," tambahnya lagi.

Akanji memulakan kariernya di FC Winterthur dan kemudiannya Basel di Liga Switzerland sebelum menyertai Dortmund pada Januari 2018 dimana dia tampil 158 perlawanan.

City tidak mendedahkan yuran perpindahan tetapi media media melaporakan sekitar 15-17 juta pound.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 8:20 PM