RONALDO kembali beraksi bersama United selepas desas-desus dia mahu meninggalkan kelab itu. -FOTO Reuters
RONALDO kembali beraksi bersama United selepas desas-desus dia mahu meninggalkan kelab itu. -FOTO Reuters
AFP

Manchester: Cristiano Ronaldo beraksi selama 45 minit pada penampilan pertamanya di Manchester United dalam tempoh 12 minggu untuk membantu pasukan itu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi pra musim menentang Rayo Vallecano di Old Trafford dan kemudiannya menyatakan: "Gembira dapat kembali"

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu yang terlepas aksi jelajah pra musim kelab itu ke Thailand dan Australia atas sebab peribadi, dilaporkan mahu meninggalkan kelab yang disertainya semula tahun lalu.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol.

Namun ia adalah kempen paling mengecewakan buat kelab itu dengan menamatkan saingan Liga Perdana di tempat keenam dan menyaksikan mereka terlepas saingan Liga Juara-Juara.

Ronaldo diketepikan daripada skuad United pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu menentang Atletico Madrid di Oslo.

Bagaimanapun menjawab komen penyokong mengenai dirinya yang tidak beraksi di Norway, Ronaldo berkata Jumaat lalu: "Domingo o rei joga" yang bermaksud "Ahad raja akan bermain."

Ronaldo menyambut kehadiran kedua-dua penyokong ketika dia mengetuai pasukan hari ini.

Selepas perlawanan, Ronaldo memuatnaik gambar dia bermain di Twitter dengan kata-kata "Gembira dapat kembali."

Pengurus United yang baharu, Erik ten Hag memberitahu laman sesawang kelab: "Ia adalah gabungan antara pemain berpengalaman dan remaja (hari ini).

"Anda melihat perwatakan yang sangat hebat, semangat untuk bekerjasama. Mereka bertarung dan bekerja untuk satu sama lain. Itu petanda positif."

Pemain baharu, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez masing-masing beraksi selama sejam dalam perlawanan dirancang Ten Hag buat pemain yang tidak diberi kesempatan ketika tewas 1-0 di tangan Atletico pada Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 8:17 AM