BARISAN pemain Costa Rica meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia.
BARISAN pemain Costa Rica meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia.
AFP

Doha: Costa Rica menjadi pasukan terakhir yang layak ke Piala Dunia tahun ini apabila gol awal dari Joel Campbell memberikan kemenangan buat pasukan dari Amerika Tengah itu kemenangan 1-0 ke atas New Zealand dalam aksi playoff awal pagi tadi.

Bekas penyerang Arsenal, Campbell menjaringkan gol pada minit ketiga di Doha dan New Zealand yang terpaksa bermain dengan 10 pemain pada babak kedua gagal menemui sentuhan gol penyamaan walaupun mendominasi perlawanan.

Costa Rica akan berdepan Jerman, Sepanyol dan Jerman dalam aksi Kumpulan E yang dilihat antara kumpulan maut pada kejohanan yang bermula di Qatar pada November ini.

Kemenangan itu membawa Costa Rica ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut dari enam penyertaan mereka di kejohanan terbesar itu.

Kejayaan terbesar mereka setakat ini adalah mara ke suku akhir pada 2014.

Jiran New Zealand, Australia mengambil tempat ke-31 dalam kelayakan ke Piala Dunia di stadium yang sama semalam apabila mengatasi Peru 5-4 menerusi penalti.

Piala Dunia pertama di negara Arab itu akan berlangsung di Qatar pada 21 November dengan aksi final dijadualkan pada 18 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2022 @ 9:09 AM