MODRIC terus kekal bersama Real sehingga Jun 2023. FOTO AFP
MODRIC terus kekal bersama Real sehingga Jun 2023. FOTO AFP
AFP

Madrid: Luka Modric menandatangani kontrak baru yang membolehkannya kekal di Real Madrid sehingga hujung musim depan.

Pemain tengah Croatia itu, yang akan mencecah usia 37 tahun September depan, memainkan peranan penting buat pasukan bimbingan Carlo Ancelotti musim lalu selepas mereka berjaya merangkul gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

"Real Madrid dan Luka Modric mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak sehingga 30 Jun 2023," jelas kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Modric meraih penampilan kali ke-150 bersama Croatia ketika mereka seri 1-1 dengan Perancis semalam.

Dia menyerti Real dari Tottenham pada 2012 dan melakukan 436 penampilan bersama gergasi Sepanyol itu, dengan meraih lima gelaran Liga Juara-Juara dan tiga trofi La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 9:42 PM