ALBA (tengah) turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol buat Barca. FOTO AFP
ALBA (tengah) turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol buat Barca. FOTO AFP
AFP

Paris: Barcelona buntu untuk mencari jaringan selepas seri 0-0 ketika menentang Galatasaray dalam aksi perlawanan pertama dalam terakhir Liga Europa di Camp Nou.

Pasukan bimbingan Xavi Hernandez yang beraksi di kelas kedua saingan Eropah buat kali pertama sejak 2004, mendominasi perlawanan.

Bagaimanapun, pasukan pelawat dari Turki yang hampir mendahului perlawanan apabila Bafetimbi Gomis meledak gol sebelum ia dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) akibat ofsaid.

Memphis Depay, yang beraksi buat kali pertama sejak Disember, memaksa penjaga gol Galatasaray, Inaki Pena untuk menyelamatkan dua percubaan pada separuh masa kedua.

Jordi Alba, Ousmane Dembele dan Frenkie de Jong juga hampir menemui sentuhan jaringan pada separuh masa kedua namun tuan rumah bergelut untuk memecah kebuntuan.

"Perasaan yang dirasai sangat teruk. Ia bukan keputusan yang bagus, bermain di tempat sendiri dan banyak mendominasi saingan.

"Ini adalah saingan Eropah, walaupun hanya Liga Europa, pasukan berada di sana atas merit mereka sendiri," kata Xavi.

Pasukan bimbingan Xavi masih belum tumpas dalam tempoh 90 minit sejak kalah kepada Bayern dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tahun lalu.

Bagaimanapun, gergasi Catalan itu harus mencari kejayaan Jumaat depan bagi membolehkan mereka memiliki harapan cerah menjuarai kejohanan berkenaan buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 10:36 AM