Pemain Cambridge United meraikan jaringan berdepan Newcastle pada saingan Piala FA. FOTO Reuters
Pemain Cambridge United meraikan jaringan berdepan Newcastle pada saingan Piala FA. FOTO Reuters
AFP

London: Musim malang Newcastle berterusan apabila disingkirkan dari saingan Piala FA kepada kelab divisyen tiga, Cambridge, dengan kekalahan 0-1 pagi ini, manakala pasukan bukan liga, Kidderminster dan Boreham Wood turut mengesahkan tempat ke pusingan keempat.

Everton mengelak rekod kekalahan buat pengendali Rafael Benitez ketika mereka memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Hull 3-2.

Pemain kebangsaan England, Kieran Trippier melakukan penampilan pertamanya sebagai pemain ditandatangani Newcastle sejak pengambilalihan kontroversi daripada dana kekayaan Arab Saudi.

Namun skuad Magpies masih memenangi satu perlawanan setakat musim ini dan dimalukan skuad dua divisyen di bawah mereka di hadapan penyokong sendiri dekat St James' Park.

Joe Ironside meledak gol tunggal perlawanan 11 minit selepas aksi babak kedua bermula apabila dia memanfaat peluang terbaik meledak gol jarak dekat.

"Ia menggambarkan bagaimana saya bermimpi mengenainya malam tadi," kata Ironside yang membesar melihat aksi penjaring terbanyak Newcastle, Alan Shearer.

"Shearer adalah wira saya," tambahnya. "Kini saya menjaringkan gol kemenangan di St James' Park."

Dua gol Newcastle dibatalkan dan cubaan Joelinton diselamatkan Dimitar Mitov pada masa tambahan.

"Saya tidak fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap kami, kami cuma tidak dapat menterjemahkan kualiti untuk menjaringkan gol," kata pengendali Newcastle, Eddie Howe.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 8:05 AM