BARISAN pemain United dilihat kecewa selepas tewas kepada Wolves. FOTO EPA
BARISAN pemain United dilihat kecewa selepas tewas kepada Wolves. FOTO EPA
Agensi

London: Ralf Rangnick sedang berdepan dengan keretakan di bilik persalinan yang sekali gus memberi ancaman untuk menggagalkan sepenuhnya musim Manchester United.

SunSport mendedahkan beberapa pemain berstatus bintang merasakan rakan sepasukan tertentu mereka sering mempengaruhi pengendali sementara, Rangnick dalam membuat keputusan besar.

Terdapat keretakan di Old Trafford ketika ini dengan beberapa pemain dipercayai menjadi pilihan untuk beraksi meskipun mereka mempamer prestasi buruk.

Luke Shaw mengecam rakan sepasukannya berikutan kekalahan 0-1 kepada Wolves apabila mendakwa mereka tidak memberikan komitmen, tiada sifat kebersamaan dan tidak bermotivasi.

Satu sumber United melabelkan kelab itu sedang berdepan 'kekecohan' selain bimbang kehadiran sementara Rangnick akan mencetuskan malapetaka.

"Barisan pemain mempunyai kumpulan mereka sendiri yang mana ia menyebabkan satu kumpulan lain berasakan mereka perlu meningkatkan prestasi ketika sebenarnya keseluruhan pasukan sedang bergelut.

"Pemain mula patah semangat. Ia adalah perkara yang berterusan sepertimana sebelum ini.

"Penyokong mungkin berasakan pemain tidak cergas sepenuhnya untuk memenuhi taktikal Rangnick.

"Selain itu, ada yang menyatakan bahawa beberapa pemain dipilih tanpa mengira prestasi mereka. Jadi segala-galanya agak kecoh ketika ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 10:15 AM