MBAPPE (kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Vannes.  FOTO AFP
MBAPPE (kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Vannes. FOTO AFP
AFP

Vannes, Perancis: Ancaman covid dan gangguan dron tidak menghalang Kylian Mbappe meledak hatrik ketika membantu Paris Saint-Germain mara ke peringkat 16 terakhir Piala Perancis selepas menewaskan kelab divisyen empat, Vannes 4-0 awal pagi tadi.

Walaupun tanpa lima tonggak termasuk Lionel Messi dan Danilo susulan positif Covid-19, skuad Mauricio Pochettino langsung tidak digugat lawannya itu.

Pertahanan Presnel Kimpembe yang memakai lilitan kapten menanduk masuk minit ke-28 selepas perlawanan terhenti seketika akibat gangguan dron di Stadium Rabine.

Kimpembe kemudiannya membantu Mbappe meledak gol kedua sejurus sebelum tamat babak pertama dan penyerang Perancis itu melengkapkan hatrik dalam tempoh 18 minit.

Mbappe menjaringkan gol keduanya pada minit ke-77 selepas mendapat hantaran Marco Verratti dan meledak gol ketiga enam minit kemudian untuk jaringan ke-150nya bersama PSG.

"Saya gembira kembali beraksi," kata pemenang Piala Dunia, Mbappe.

"Ia bukan perlawanan mudah tetapi kami ada di sana."

Pochettino menambah: "Kami boleh gembira dengan prestasi pasukan. Mbappe sangat cemerlang. Dia pemain utama dunia.

"Kami membuat beberapa penyesuaian selepas rehat termasuk di bahagian tengah dan pergerakan bola lebih lancar untuk mara ke jauh ke kawasan lawan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 8:10 AM