Aksi pemain Arsenal, Bukayo Saka (kiri) ketika dicabar pemain Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA.
Aksi pemain Arsenal, Bukayo Saka (kiri) ketika dicabar pemain Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA.
Reuters

London: Gol pada minit kecederaan oleh pemain tengah, Rodri membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City mencatat kemenangan 2-1 di Arsenal pada sambutan tahun baharu tatkala tuan rumah menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Gabriel diperintah keluar padang.

Masih dibayangi kekalahan 5-0 kepada City pada Ogos, skuad Gunners memberi tekanan hebat di awal perlawanan sehingga membolehkan mereka mendahului pada minit ke-31 apabila Bukayo Saka menjaringkan gol berpunca daripada hantaran Kieran Tierney.

City menyamakan kedudukan menerusi Mahrez yang menyempurnakan sepakan penalti pada awal babak kedua selepas Bernardo Silva dikasari.

Pemain Arsenal, Gabriel diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada perlawanan itu.

Rodri meledak gol pada jarak dekat di minit kecederaan untuk memberikan kemenangan buat City yang melebarkan penguasaan liga daripada pencabar terdekat Chelsea dengan perbezaan 11 mata sementara Arsenal di tempat keempat dengan 35 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 10:56 PM