Bintang Paris Saint Germain, Lionel Messi. FOTO EPA
Bintang Paris Saint Germain, Lionel Messi. FOTO EPA
Agensi

Paris: Pengarah Paris Saint-Germain, Leonardo menegaskan kelab itu akan memohon persetujuan daripada FIFA untuk menghalang Lionel Messi daripada menyertai skuad Argentina.

Pemain berusia 34 tahun itu, terlepas perlawanan berdepan RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara dan menang dalam saingan Lugue 1 ke atas Bordeaux ketika menjalani rawatan hamstring dan kecederaan lutut.

Messi bagaimanapun masih di panggil untuk menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan Uruguay dan Brazil, tetapi Leonardo menegaskan PSG akan melakukan segalanya dengan kuasa yang ada pada mereka untuk menghalang penyerang itu daripada menyertai skuad kebangsaannya.

Bercakap kepada Le Parisien, Leonardo berkata: "Kami tidak bersetuju melepaskan pemain menyertai tugas antarabangsa, bagi kami, pemain itu tidak bersedia dari segi fizikal atau masih dalam proses pemulihan.

"Ia tidak masuk akal dan situasi seperti ini patut kita buat peraturan bersama FIFA."

Leandro Paredes turut dipanggil menyertai juara Copa America itu pada bulan ini, sekalipun pemain tengah itu terpaksa disisihkan sehingga selepas rehat antarabangsa kerana mengalami kecederaan peha.

Messi gagal menghasilkan gol atau bantuan gol dalam lima perlawanan Ligue 1 buat PSG namun mengumpul tiga gol dalam penampilan di Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 10:08 AM