CORREA meraikan jaringan sulungnya ketika membantu Inter mengalahkan Udinese 2-0. FOTO EPA
CORREA meraikan jaringan sulungnya ketika membantu Inter mengalahkan Udinese 2-0. FOTO EPA
AFP

Milan: Dua gol hasil jaringan Joaquin Correa pada separuh masa kedua membolehkan Inter Milan menang 2-0 ke atas Udinese dalam saingan Serie A sebentar tadi sekali gus membantu penyandang juara itu mengekalkan kedudukan di tangga ketiga.

Pemain antarabangsa Argentina itu yang menyertai Inter selepas dipinjamkan dari Lazio Ogos lalu memberikan impak awal dengan meledak dua gol ketika penampilan pertamanya berdepan Verona.

Dia mengulanginya sekali lagi menentang Udinese, yang terselamat daripada tujuh percubaan sebelum rehat.

Correa akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan selepas sejam perlawanan berlangsung selepas berjaya melepasi pertahanan tengah Udinese, Bram Nuytinck dan melepaskan rembatan dari dalam petak penalti.

Gol kedua terhasil pada minit ke-68 apabila Correa melepaskan rembatan deras hasil hantaran

Denzel Dumfries.

Udinese terus gagal mencatat kemenangan selepas lapan perlawanan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 11:11 PM