KHABIB bertemu Ferguson ketika menyaksikan perlawanan United menentang Everton. FOTO Instagram
KHABIB bertemu Ferguson ketika menyaksikan perlawanan United menentang Everton. FOTO Instagram
Agensi

London: Khabib Nurmagomedov mendedahkan cara dia menolak pelawaan Sir Alex Ferguson untuk segelas minuman wain sebelum bergurau bahawa minuman itu boleh membuatkan dia 'menghancurkan' bekas pengendali United itu, Usain Bolt dan Patrice Evra.

Bekas bintang UFC hadir di Old Trafford untuk menyaksikan pertembungan United menentang Everton untuk memberi sokongan kepada rakan baiknya Cristiano Ronaldo, ketika pasukan itu seri 1-1.

Khabib dilihat bercakap bersama Ferguson, Evra dan Bolt di bilik eksekutif dan dia mendedahkan bagaimana dia cuba menolak pelawaan tawaran minuman keras itu daripada pengendali dari Scotland itu dengan cara lembut.

Atlet berusia 33 tahu itu adalah seorang Muslim yang taat dan mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.

"Saya harus menjelaskan kepada beliau (Ferguson)," kata Khabib.

"Ada dua perkara: anda boleh berterus terang (dengannya) dan berkata 'tidak, tidak, tidak. Saya seorang Muslim, saya tidak minum arak."

"Tapi saya juga memaklumkan kepada beliau, "Ini tidak baik kerana jika saya minum saya boleh menghancurkan anda semua. Ia bukan satu idea yang baik."

"Patrice Evra dan Usain Bolt memahaminya. Alex Ferguson bertanya kepada saya mengenai wain. Baginya ia satu yang bagus. Saya tidak boleh menilainya.

"(Ferguson) memahami kerana dia tidak menyangka saya boleh menghancurkan semua orang, jadi dia berkata "OK, jangan minum."

Khabib kemudiannya menyiarkan gambar dia bersama Ferguson di Instagram disamping kapsyen: "Ia satu penghormatan yang besar dapat bercakap dengan legenda.'

Bekas atlet MMA adalah peminat Real Madrid tapi persahabatannya dengan Ronaldo membawanya ke Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 12:42 PM