RONALDO dan Messi alami nasib berbeza pada awal musim ini.
RONALDO dan Messi alami nasib berbeza pada awal musim ini.
Agensi

London: Perpindahan mega Cristiano Ronaldo ke Manchester United membantu bintang Portugal itu memintas Lionel Messi dalam senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi tahun ini, menurut laporan Forbes semalam.

Sebagai atlet paling popular dengan hampir setengah bilion pengikut di media sosial (Facebook -149 juta), Instagram (344 juta) dan Twitter (94.3 juta) ia antara faktor Ronaldo berjaya merampas kedudukan teratas dalam senarai Forbes sebagai pemain mendapat bayaran paling tinggi di dunia.

Ronaldo dijangka menerima £91.5j (RM523.30j) sebelum cukai untuk musim 2021-22 dengan £51.25j (RM293.10j) datang daripada gaji dan bonus selepas pulang ke Old Trafford.

Manakala Messi di belakangnya dengan £80.5 juta (RM460.38j) dan dua lagi pemain Paris Saint-Germain, Neymar dan Kylian Mbappe melengkapkan empat teratas.

Dengan £40j (RM228.76j) pendapatannya turut diperolehi menerusi kontrak komersil, Ronaldo antara atlet mendapat bayaran paling mahal di dunia dari segi penajaan.

Hanya tiga atlet yang masih aktif mendapat bayaran lebih daripada bintang Manchester United itu - Roger Federer (£66j), LeBron James (£48j) dan Tiger Woods £44j).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 10:09 AM