Pemain RB Leipzig kecewa selepas tewas kepada Bayern Munich dalam saingan Bundesliga, Sabtu lalu. FOTO AFP
Pemain RB Leipzig kecewa selepas tewas kepada Bayern Munich dalam saingan Bundesliga, Sabtu lalu. FOTO AFP
AFP

Berlin: Ketua jurulatih RB Leipzig, Jesse Marsch berkata skuad kendaliannya mungkin belum bersedia berdepan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis ini selepas dibelasah Bayern Munich di laman sendiri.

Leipzig muncul naib juara Bundesliga musim lalu, tewas dalam tiga daripada empat perlawanan awal liga selepas kekalahan 4-1 kepada Bayern, Sabtu lalu.

Marsch mengambil alih tugas pengendali di Leipzig musim ini selepas Julian Nagelsmann meninggalkan kelab itu untuk melatih Bayern, tetapi pengendali dari Amerika Syarikat itu harus memulihkan semangat pemainnya untuk aksi pertama Liga Juara-Juara di Man City.

Ketua jurulatih RB Leipzig, Jesse Marsch memberi arahan kepada pemain. FOTO EPA
Ketua jurulatih RB Leipzig, Jesse Marsch memberi arahan kepada pemain. FOTO EPA

"Ia menghampakan kami," akui Marsh, siapa kata kekalahan kepada Bayern adalah "kekalahan besar" dan "detik sukar bagi pasukan".

"Tidak adil apabila mengambil kira kami berdepan ujian besar ketika ini seperti menentang Bayern dan beraksi di gelanggang lawan dekat Manchester.

"Mungkin kami belum bersedia untuk cabaran besar," tambah Marsch, yang segera mengubah andaian itu, "tetapi tidak kira apapun, kami harus kekal kuat dan percaya dengan peralihan ini."

Leipzig mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara di bawah kendalian Nagelsmann pada 2019/20.

Bagaimanapun, mereka harus bangkit untuk mara ke kelompok 16 terakhir musim ini dari kumpulan yang turut mengandungi City, Paris Saint-Germain yang diperkuatkan dengan Lionel Messi begitu juga cabaran daripada kelab Brugge.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 9:14 AM