Jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann memerhatikan aksi pemainnya. FOTO AFP
Jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann memerhatikan aksi pemainnya. FOTO AFP
AFP

JURULATIH RB Leipzig, Julian Nagelsmann akur dengan kesilapan pasukannya sekali gus terlepas peluang keemasan pada saingan Liga Juara-Juara selepas kekalahan separuh akhir 0-3 ke atas Paris Saint Germain.

"Pada akhirnya lawan lebih bagus berbanding kami, kami perlu menerima hakikat itu." kata Nagelsmann.

Leipzig yang ditubuhkan pada 2009, mara ke kelompok empat terakhir buat pertama kali dan mencipta sejarah singkat kelab Red Bull berkenaan dalam musim pertamanya sebagai pengendali.

"Kami berada dalam separuh akhir, kami boleh berbangga dengan itu," tambah Nagelsmann.

Neymar mengumpan bola untuk Marquinhos menanduk masuk gol pertama PSG, dan kemudian pemain Brazil itu merobek pertahanan Leipzig untuk membuka ruang buat Di Maria meledak gol kedua sebelum rehat.

"Kami bukan akan menjadi pasukan pertama untuk tidak menghalang Neymar dan kami juga bukan yang terakhir," kata Nagelsmann.

Pertahanan kiri Juan Bernat melengkapkan kemenangan juara Perancis itu untuk menempah pertemuan final dengan Bayern Munich atau Lyon.

"Paris bermain dengan sangat baik. Kami melakukan banyak kesilapan. Dalam 10 hingga 12 minit pertama kami bermain baik."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 8:32 AM