Pemain Valencia, Daniel Wass (dua kanan) meraikan jaringan menentang Alaves. FOTO EPA
Pemain Valencia, Daniel Wass (dua kanan) meraikan jaringan menentang Alaves. FOTO EPA
AFP

Madrid: Valencia menewaskan Alaves 3-0 pagi ini, untuk merampas kedudukan teratas La Liga ketika jurulatih, Jose Bordalas meraikan kejayaan ke atas bekas kelabnya itu.

Pemain kebangsaan Denmark, Daniel Wass meledak gol pembukaan di Mestalla selepas hanya tiga minit permainan dengan Carlos Soler menjadikan kedudukan 2-0 di babak pertama.

Pemain Portugal, Goncalo Guedes menambah gol ketiga selepas sejam perlawanan.

Mallorca juga mempunyai tujuh mata dari tiga perlawanan dan berada di kedudukan kedua minggu ini selepas menang 1-0 ke atas Espanyol.

Dani Rodriguez meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-27 untuk memastikan tiga mata dalam pertarungan membabitkan dua pasukan yang baru dinaikkan ke liga utama musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 8:05 AM