Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) berada di bangku simpanan pada separuh masa pertama ketika berdepan Udinese dalam aksi Serie A. FOTO AFP
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) berada di bangku simpanan pada separuh masa pertama ketika berdepan Udinese dalam aksi Serie A. FOTO AFP
Agensi

Turin: Bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu melengkapkan perpindahan ke Manchester City sebelum jendela perpindahan ditutup akhir bulan ini.

Masa depan penyerang berusia 36 tahun itu bersama kelab Serie A Itali menimbulkan tanda tanya apabila dia berada dalam senarai pemain simpanan ketika menentang Udinese, Isnin lalu.

Ronaldo mempunyai baki kontrak setahun lagi dan kelab Turin itu dilaporkan sedia melepaskannya ke Manchester City atau Paris Saint-Germain.

City sebelum ini dilaporkan memburu penyerang selepas ketiadaan penjaring terbanyak kelab itu, Sergio Aguero yang menyertai Barcelona.

Beberapa penyerang termasuk kapten England, Harry Kane turut dikait kuat dengan skuad juara Liga Perdana Inggeris kendalian Pep Guardiola itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 8:48 PM