LIVERPOOL enggan melepaskan Salah. FOTO EPA
LIVERPOOL enggan melepaskan Salah. FOTO EPA
AFP

Kaherah: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah diketepikan daripada skuad Olimpik Mesir, umum Persekutuan Bolasepak Mesir (EFA).

Liverpool dilaporkan enggan melepaskan Salah dan Galatasaray turut mengambil tindakan sama terhadap Mostafa Mohamed untuk temasya yang dijadual bermula 21 Julai sehingga 7 Ogos itu.

Senarai 22 pemain yang dinamakan oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun, Shawky Gharib termasuklah penjaga gol Al-Ahly, Mohamed El-Shennawy; pemain Ittihad, Ahmed Hegazy dan pemain Zamalek, Mahmoud al-Wensh.

Kelab Turki, Galatasaray akan beraksi pada aksi playoff Liga Juara-Juara bertemu PSV Eindhoven pada bulan ini.

Mesir layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo selepas skuad bawah 23 tahun mereka memenangi saingan AFCON pada 2019.

Mereka diundi dalam Kumpulan C bersama Argentina, Sepanyol dan Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 5:31 PM