PERBUATAN Dembele (kanan) dan Griezmann ternyata mengundang kemarahan netizen. FOTO Agensi
PERBUATAN Dembele (kanan) dan Griezmann ternyata mengundang kemarahan netizen. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Bintang Barcelona dan Perancis, Ousmane Dembele dikesan melakukan kontroversi perkauman selepas mengejek pekerja Asia apabila video berkenaan terbongkar dan tersebar meluas di media sosial.

Dembele dan rakan sepasukannya di Euro 2020, Antoine Griezmann kelihatan mengutuk juruteknik Asia itu sedang membaiki televisyen di bilik hotel mereka.

Pemain berusia 24 tahun itu dikritik kerana bersikap perkauman dan merendahkan taraf individu lain sekali gus menimbulkan rasa kurang senang netizen di media sosial yang menggunakan hashtag 'Hentikan Benci Asia'.

"Semua muka pelik ini anda dapat lihat dalam PES (permainan video Pro Evolution Soccer), mereka tidak malu ke?," kata Dembele kepada Griezmann.

"Bahasa apa yang dia cakap tu, macam terbalik? Adakah anda paling pakar dalam bidang teknologi di negara anda atau tidak?," kata Dembele dalam perbualan bersama Griezmann sambil fokus secara dekat muka pekerja berkenaan.

Ia kelihatan Dembele seorang saja merakamkan video berkenaan, manakala Grizemann pula hanya ketawa dan berkata sesuatu tapi kurang jelas didengari pada 42 saat pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 2:18 PM