MOHAMMED Suffian berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua barisan pemain, jurulatih dan pegawai. FOTO OWEE AH CHUN
MOHAMMED Suffian berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua barisan pemain, jurulatih dan pegawai. FOTO OWEE AH CHUN
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC akan mengadakan latihan secara 'camp based training' atau berpusat fasa kedua dalam tempoh terdekat sama ada di Kuantan atau Pekan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata latihan itu bagi memastikan pemain Tok Gajah pada prestasi terbaik.

"Sebenarnya, 'camp based training' yang diadakan selama dua minggu di Pekan berakhir semalam selepas menjalani latihan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Dalam tempoh beberapa hari ini semua pemain, jurulatih dan pegawai diberikan cuti rehat sebelum kembali menjalani latihan.

"Sebaik mereka kembali berlatih bersama, semua SOP seperti yang ditetapkan akan dilakukan termasuk ujian calitan untuk memastikan terhindar daripada wabak pandemik Covid-19," katanya.

Mengulas latihan pusat di Pekan selama dua minggu itu, Mohammed Suffian berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua barisan pemain, jurulatih dan pegawai.

Katanya, tahap kecergasan dan persefahaman yang ditunjukkan membuktikan semua pemain nahu memberikan yang terbaik sebaik saingan Liga Super bersambung bulan depan.

"Saya gembira dan mengharapkan komitmen seperti ini dapat diteruskan kerana misi pasukan untuk meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik dalma saingan Liga Super musim ini," katanya.

Selepas 13 perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip 12 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 6:29 PM