Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Hampir semua pemain kacukan dan naturalisasi kemungkinan akan 'berkampung' di Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan menerusi perancangan pemiliknya untuk memanggil beberapa individu bagi digandingkan dalam pasukan berkenaan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran Instagram story miliknya menjelaskan bahawa keputusan menandatangani pemain dari Australia, Shane Lowry adalah untuk digandingkan bersama Mauricio dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Malah, ketiadaan pemain Singapura Harris Harun dalam skuad JDT pantas diisi dengan pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers yang akan membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia nanti.

"(Shane Lowry) Partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia 'back up' Mauricio jikalau ada apa-apa berlaku atau kecederaan kita masih ada 'foreign defender'."

"Hong Wan dari Wolverhampton report untuk tempat Haris sebagai local. Gonza tahun depan 'local player'."

"Kita ada lagi seorang 'Spanish defender' dengan Asian passport by December from La Liga. Untuk maklumat lebih Alistair Edwards akan maklumkan kepada penyokong." katanya menerusi komennya di Instagram.

Berdasarkan kepada komen yang dibuat oleh TMJ itu, perkara paling menarik perhatian peminat bola sepak pasti status pemain Gonzalo Cabrera yang mungkin akan muncul selaku pemain naturalisasi terbaharu tahun hadapan.

Pemain itu sudah bersama JDT sejak musim 2017 secara pinjaman sebelum mengisi kuota pemain import AFC menggunakan pasport Iraq bermula tahun 2018.

Selain Cabrera, seorang lagi pemain import JDT Leandro Velazquez juga turut seakan-akan diberikan bayangan bakal mengikut jejak rakannya itu yang bakal menjadi pemain tempatan sekali gus menjadi pemain naturalisasi Malaysia yang seterusnya.

Jika situasi berkenaan berlaku, kemungkinan hanya dua pemain sahaja iaitu penjaga gol Farizal Marlias dan tonggak JDT Safawi Rasid bukan berdarah kacukan atau naturalisasi membarisi pasukan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 9:00 PM