NKETIAH (kanan) berjaya menampan bola masuk ke dalam gawang Fulham untuk memberikan gol penyamaan buat Arsenal. FOTO EPA
NKETIAH (kanan) berjaya menampan bola masuk ke dalam gawang Fulham untuk memberikan gol penyamaan buat Arsenal. FOTO EPA
AFP

London: Eddie Nketiah memberikan kesukaran buat Fulham untuk terus bertahan di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjadi penyelamat dengan meledakkan gol penyamaan untuk membolehkan Arsenal mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta hanya beberapa saat terselamat daripada mencatat kekalahan di laman sendiri menentang Fulham selepas mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 apabila pelawat meledak gol menerusi Josh Maja melalui sepakan penalti di separuh masa kedua.

Nketiah berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan apabila menampan masuk tatkala pasukan pelawat gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika Arsenal memperoleh sepakan penjuru.

Ia satu tamparan buat Fulham yang menduduki tangga ketiga terbawah, enam mata di belakang pasukan keempat terbawah, Burnley.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 11:15 PM