NEWCASTLE United lakar kemenangan berharga di St James Park. FOTO AFP
NEWCASTLE United lakar kemenangan berharga di St James Park. FOTO AFP
AFP

London: Misi West Ham memburu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan tercalar selepas gol lewat perlawanan Joe Willock membantu Newcastle melakar kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pasukan bimbingan Steve Bruce sebelum itu mensia-sia kelebihan dua gol apabila membenarkan West Ham bangkit menyamakan kedudukan di St James Park namun Willock yang dimasukkan sebagai pemain gantian meledakkan gol kemenangan yang cukup bermakna.

The Magpies kini sembilan mata di atas zon penyingkiran dan kini mempunyai baki enam perlawanan.

Newcastle menguasai babak pertama hasil jaringan sendiri Issa Diop dan kesilapan penjaga gol West Ham Lukasz Fabianski untuk jaringan Joelinton.

West Ham terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Craig Dawson menerima kad kuning kedua.

Namun mereka bangkit merapatkan jurang menerusi Diop dan Jesse Lingard yang menjaringkan penalti 10 minit sebelum tamat permainan.

Bagaimanapun pemain pinjaman dari Arsenal, Willock memastikan kemenangan Newcastle dengan tandukan di akhir permainan.

"Saya tidak akan mengambil mudah. Saya sering katakan ia tentang pungutan mata, dan bagi saya 35 masih belum cukup.

"Masih ada enam perlawanan untuk diharungi. Mampukah kami menandingi 44 mata yang dikutip tahun lalu? Kami akan cuba," kata Bruce

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 8:54 AM