LUKAKU (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
LUKAKU (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

Prague: Gol penyamaan Romelu Lukaku pada separuh masa kedua membolehkan Belgium melakar keputusan seri 1-1 dengan Republik Czech pada kempen kelayakan Piala Dunia di Prague, hari ini.

Satu mata yang diperolehi itu membolehkan tuan rumah menduduki tangga teratas Kumpulan E mengatasi Belgium dengan kelebihan jaringan gol.

Penyerang Inter Milan, Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-60 selepas memperdaya pemain pertahanan, Ondrej Celustka sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Tomas Vaclik.

Ia sekali gus gol peribadi ke-59 diraih Lukaku sepanjang 91 penampilan termasuk gol ke-19 daripada 16 perlawanan terakhir.

Pemain tengah Slavia Prague, Lukas Provod meletakkan tuan rumah di depan minit ke-50 menerusi rembatan rendah dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Kedua-dua pasukan menyenaraikan beberapa pemain yang berpangkalan di Jerman termasuklah pemain tengah Borussia Dortmund, Thomas Meunier dan Thorgan Hazard yang beraksi bersama Belgium manakala Vladimir Darida (Hertha Berlin) mengetuai Czech.

"Kami mensia-siakan beberapa peluang," kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez selepas tamat perlawanan.

"Saya tidak rasa kami mempamerkan aksi sebenar dan kemudian bertemu pula pasukan yang mempunyai momentum cemerlang."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 9:12 AM