BARISAN pemain Perancis sedang menjalani latihan. FOTO AFP
BARISAN pemain Perancis sedang menjalani latihan. FOTO AFP
Agensi

Paris: Perancis akan melayan kunjungan Ukraine di Stade de France awal pagi Khamis bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Kemenangan 4-2 ke atas Sweden pada November lalu di gelanggang sama menjadi penanda aras buat Perancis.

Dua gol jaringan penyerang berpengalaman Chelsea, Olivier Giroud dan jaringan bintang Bayern Munich, Benjamin Pavard serta Kingsley Coman memastikan kemenangan tuan rumah.

Berbeza dengan Ukraine, mereka bertandang ke sini dalam misi untuk bangkit daripada kekalahan 0-3 di tangan Switzerland pada November lalu.

Bagaimanapun kekalahan itu hadir atas hukuman UEFA selepas Ukraine dikuarantin susulan keputusan positif Covid-19 dalam skuadnya, dengan kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada Switzerland.

Dalam 10 rekod pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan, Perancis menang enam, tewas sekali dan seri tiga.

Kali terakhir mereka bertemu ialah tahun lalu, dengan Perancis menewaskan Ukraine 7-1.

Giroud turut meledak dua gol pada perlawanan itu dengan Eduardo Camavinga, Corentin Tolisso, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann turut menemui sasaran.

Perancis mempunyai barisan pemain bintang yang memudahkan pengendalinya Didier Deschamps untuk memilih skuad terkuatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 2:28 PM