Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Nitzel (dua kanan) memberi arahan kepada pemain ketika sesi latihan. FOTO Muhmd Asyraf Sawal
Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Nitzel (dua kanan) memberi arahan kepada pemain ketika sesi latihan. FOTO Muhmd Asyraf Sawal
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Selangor FC mahu memastikan tiga mata menjadi milik mereka apabila menampilkan barisan terkuat ketika melayan kunjungan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok.

Pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin berkata, aksi pembukaan penting bagi mengukur kekuatan pasukan selepas berehat hampir empat bulan berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, walaupun kekuatan Pahang boleh dikatakan tidak diketahui berikutan menampilkan pemain baru namun itu bukanlah tiket untuk beraksi secara ala kadar sekali gus boleh menyebabkan skuad Gergasi Merah kehilangan tiga mata penting.

"Sudah tentu kami sudah bersedia untuk menerima kunjungan Pahang dengan kebanyakan pemain berada pada tahap optimum sekali gus mampu memastikan keputusan memihak kepada Selangor.

"Kemungkinan aksi pembukaan ini, pemain mempamerkan corak permainan berhati-hati kerana sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif selain tempoh persediaan pula hanyalah tiga minggu.

"Oleh itu, penting bagi kita menurunkan barisan terkuat sekali gus dapat menguji keupayaan gandingan pemain baru dan lama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 10:48 PM