FERNANDES memberi impak besar kepada Man United. FOTO EPA
FERNANDES memberi impak besar kepada Man United. FOTO EPA
AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer memuji impak cemerlang Bruno Fernandes pada tahun pertamanya di Manchester United.

Semalam menandakan ulang tahun pertama ketibaan pemain tengah Portugal itu di Old Trafford dari Sporting Lisbon.

Tiada pemain pernah menjaringkan lebih banyak gol di Liga Perdana berbanding Fernandes sejak melakukan penampilan pertama Januari 2020.

Dia sudah menjaringkan 28 gol dikesemua pertandingan dan menjadi arkitek kepada 17 gol sekali gus mengubah nasib United daripada pasukan yang gagal kepada pencabar kejuaraan.

Pemain berusia 26 tahun itu akan kembali menjadi tumpuan menjelang pertemuan dengan Arsenal awal pagi esok.

"Sangat cemerlang. Sejak hari pertama tiba, dia adalah pemain yang menakjubkan.

"Dia seorang yang merendah diri, bekerja keras dan saya rasa setiap orang sudah dapat saksikan prestasinya ketika di atas padang.

"Sangat gembira dengan prestasi pada tahun pertamanya dan semoga ia berterusan. Lebih tinggi kedudukan kelab di saingan liga, lebih tekanan yang akan dirasai oleh kami dan dirinya.

"Kini tumpuan diberikan kepadanya tetapi saya yakin dia dapat mengawal segala tekanan dengan baik," kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 8:05 AM