SUAREZ (tengah) meledak dua gol untuk mengukuhkan kedudukan Atletico di puncak liga. FOTO AFP
SUAREZ (tengah) meledak dua gol untuk mengukuhkan kedudukan Atletico di puncak liga. FOTO AFP
AFP

Madrid: Penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Atletico Madrid namun dua gol Luis Suarez membolehkan pendahulu La Liga itu bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 di Ipurua.

Dmitrovic menyudahkan sepakan penalti di awal permainan untuk menewaskan penjaga gol, Jan Oblak namun Suarez berjaya menyamakan kedudukan sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89.

Kemenangan di saat akhir buat Atletico membolehkan mereka menjarakkan kedudukan tujuh mata dengan pasukan di tangga kedua, Real Madrid dan meninggalkan Barcelona 10 mata di tempat ketiga.

Dmitrovic berkata, dia disenaraikan sebagai pengambil sepakan penalti Eibar oleh juraltih, Jose Luis Mendilibar.

"Idea untuk mengambil sepakan penalti adalah dari Mendilibar, giliran saya hari ini namun ia tidak memberi sebarang makna," kata Dmitrovic.

"Dia mengambil sepakan penalti kerana pemain sebelum ini gagal. Dia akan terus mengambilnya sehingga gagal, itulah peraturannya," kata Dmitrovic.

Sementara itu, Suarez berkongsi kedudukan penjaring terbanyak La Liga bersama Lionel Messi selepas masing-masing mengumpul 11 gol.

"Dia memang sangat bertanggungjawab. Dia tidak pernah meninggalkan perlawanan, dia sentiasa bermain dengan menggunakan kecerdikan yang ada pada dirinya.

"Dia sangat luar biasa. Kami sangat gembira mempunyai pemain sepertinya," kata Simeone.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 9:15 AM