Slaven Bilic (kanan) mengarahkan pemainnya pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Slaven Bilic (kanan) mengarahkan pemainnya pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
AFP

London: Slaven Bilic menjadi pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama yang hilang pekerjaan musim ini apabila dia dipecat pasukan sedang bergelut, West Bromwich, hari ini.

Pemecatan pengendali dari Croatia berusia 52 tahun itu berlaku selepas pasukan yang berada di tangga ke-19 itu seri 1-1 dengan Manchester City hari ini.

West Bromwich hanya mengumpul tujuh mata selepas 13 perlawanan dengan meraih satu kemenangan, empat seri dan lapan kekalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 10:02 PM