JONATAN tebus kekecewaan 2022 selepas hanya muncul juara ketika itu. FOTO AFP
JONATAN tebus kekecewaan 2022 selepas hanya muncul juara ketika itu. FOTO AFP
AFP

Shanghai: Perseorangan Indonesia, Jonatan Christie merangkul mahkota Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini, selepas menewaskan wakil tuan rumah, Li Shi Feng straight set.

Jonatan menang 21-15, 21-16 pada perlawanan akhir di bandar Ningbo.

Terdahulu, pemain China, Wang Zhi Yi menewaskan rakan senegaranya, Chen Yu Fei 21-19, 21-7 untuk merebut gelaran perseorangan wanita.

Gelaran beregu lelaki turut diraih wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang, yang menundukkan gandingan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-17, 15-21, 21-10.

Pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee merangkul kejuaraan beregu wanita dengan menewaskan pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu 23-21, 21-12.

Kejohanan tahunan yang berprestij itu adalah peluang terakhir bagi pemain Asia untuk memastikan tempat di Sukan Olimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 9:02 PM