TURUT mendapat perhatian adalah Aaron-Wooi Yik yang dipuji oleh pemain beregu No.1 dunia, Marcus. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
TURUT mendapat perhatian adalah Aaron-Wooi Yik yang dipuji oleh pemain beregu No.1 dunia, Marcus. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Percaturan skuad Piala Thomas negara yang menurunkan barisan muda mendapat perhatian pemain lawan dengan perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie yakin pemain muda negara mampu lebih menyerlah selepas ini.

Katanya, antara yang berbakat yang boleh terus diketengahkan adalah Ng Tze Yong, lawan yang ditemuinya ketika aksi suku akhir Piala Thomas.

Jonatan menjadi perseorangan kedua dan berjaya memastikan kemenangan buat Indonesia 3-0 apabila menewaskan Tze Yong 14-21,21-19,21-16.

Dia percaya, sekiranya bakat muda Malaysia terus digilap mereka mampu untuk membawa cabaran di masa akan datang kerana mempunyai potensi besar.

"Saya lihat Tze Yong antara pemain berbakat. Dia mempunyai potensi besar untuk lebih maju. "Mungkin dia kalah hari ini tapi ia akan menjadi medan permulaan untuk dia maju ke depan.

Turut mendapat perhatian adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dipuji oleh pemain beregu No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon.

Kata Marcus, selepas tewas di temasya Olimpik, dia mula menyedari bahawa pasangan negara itu mampu untuk pergi lebih jauh.

"Lepas Olimpik, kami tingkatkan latihan dan mengadakan perbincangan serta mengkaji cara bagaimana untuk menewaskan mereka (Aaron-Wooi Yik).

"Ini kerana, mereka masih muda dan permainan mereka bagus dan boleh memberi saingan kepada kami. Jika usaha terus dipertingkatkan tidak mustahil mereka akan berjaya nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 1:50 PM