ZII Jia tewas seawal pusingan pertama Terbuka Perancis. FOTO Badminton Photo
ZII Jia tewas seawal pusingan pertama Terbuka Perancis. FOTO Badminton Photo
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Cabaran jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia di Terbuka Perancis terhenti seawal pusingan pertama selepas tewas di tangan pemain Indonesia, Shesar Hisan Rhustavito dalam tempoh 44 minit hari ini.

Pada perlawanan di Stade Pierre de Coubertin itu menyaksikan pemain negara yang baru sahaja melonjak naik ke ranking nombor dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set.

Rhustavito yang juga pemain di tangga ke-24 dunia itu jelas tidak berdepan masalah untuk berdepan pemain pilihan ketiga kejohanan, sekali gus mencatat kemenangan 21-19 pada set pertama.

Bersambung set kedua, Zii Jia yang pada awalnya dilihat berjaya memperkemas rentak permainan terpaksa melupakan hasrat untuk mengheret bermain di set penentuan apabila Rhustavito bangkit mengambil alih permainan dengan kemenangan 21-18.

Ia sekali gus memberi kemenangan kelima buat Rhustavito dalam sembilan pertemuan dengan Zii Jia.

Mengikut rekod, kali terakhir pertemuan diantara keduanya adalah ketika Terbuka Malaysia pada Jun lalu yang menyaksikan Zii Jia tewas pada pusingan kedua.

Kini, tumpuan dihalakan kepada pemain senior perseorangan lelaki negara, Liew Darren yang akan turun menentang wakil India HS Prannoy, lewat malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 6:37 PM