AKSI V Shem-Juan Shen ketika menentang Azriyn-Khim Wah pada pusingan pertama Terbuka Korea.
AKSI V Shem-Juan Shen ketika menentang Azriyn-Khim Wah pada pusingan pertama Terbuka Korea.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu profesional lelaki negara, Goh V Shem-Low Juan Shen bermula baik di Terbuka Korea apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua sekali gus mengikut jejak langkah barisan pemain negara lain.

Mereka melakukannya selepas menewaskan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Lim Khim Wah 21-17, 21-19 pada pusingan pertama hari ini dalam tempoh 39 minit.

Manakala dua lagi wakil negara yang beraksi hari ini iaitu pemain perseorangan, Soong Joo Ven dan Liew Daren kandas selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Joo Ven tewas kepada pilihan ketiga dari Indonesia, Jonatan Christie 13-21, 18-21 manakala Daren gagal mengatasi pilihan kelima dari India, K Srikanth 20-22, 11-21.

Selain V Shem-Juan Shen, turut layak beraksi di pusingan kedua adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang dijadual bertemu wakil tuan rumah, Na Sung Seung-Kim Min Ji manakala Goh Soon Huat-Shevon Lai berdepan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pula dijadual bertemu halangan sukar apabila perlu menangani pilihan utama kejohanan, Seo Seungjae-Chae Yujung.

Turut melangkah ke pusingan kedua esok adalah pemain perseorangan profesional wanita, Goh Jin Wei yang dijadual bertemu Lee Se Yeon dari Korea Selatan.

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pula dijadual bertemu Kim Donghun dari Korea Selatan manakala pasangan wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien bertemu pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Seorang lagi perseorangan lelaki Cheam June Wei pula bakal bertemu pemain China, Weng Hong Yang.

Beregu lelaki, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dijadual bertemu pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto manakala V Shem-Juan Shen bertemu pasangan tuan rumah Kang Minhyuk-Seo Seungjae.

Turut beraksi dalam beregu lelaki adalah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan pilihan keenam berkenaan dijadual bertemu pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 5:18 PM