AFP

Kuala Lumpur: Tiga kejohanan badminton Asia dibatalkan kerana kebimbangan penularan Covid-19, menurut jurucakap penganjur sekali gus memberi satu lagi tamparan bagi kalendar sukan dunia.

Ia termasuk Terbuka Korea, yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Ogos dan September dan Terbuka Macau pada November, menurut badan induk sukan itu Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Korea Masters kini terpaksa diketepikan, selepas ditangguhkan dari tarikh asal pada Jun.

"Sekatan Covid-19 yang berlaku ketika ini dan kesannya menyebabkan penganjur tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kejohanan," kata BWF dalam satu kenyataan.

Pandemik merosakkan perjalanan kalendar badminton pada 2020, tetapi kejohanan antarabangsa kembali berada di landasan tepat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 9:50 PM