Reezal Merican (tengah) beramah mesra bersama jurulatih yang dilantik untuk program Fit X Malaysia selepas melancarkan perasmian simbolik program ISN Inspire.
Reezal Merican (tengah) beramah mesra bersama jurulatih yang dilantik untuk program Fit X Malaysia selepas melancarkan perasmian simbolik program ISN Inspire.
Saiful Affendy Sapran


PROGRAM Podium akan diteruskan dengan ciri-ciri penambahbaikan untuk disesuaikan dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program itu akan ditambah baik menerusi kajian dan cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Penambahbaikan diketuai Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz bersama tujuh lagi ahli panel.

"Disebabkan persiapan dan prestasi RTT (Road To Tokyo) terjejas kerana Covid-19, maka saya rasa ada keperluan untuk kita lihat kembali Program Podium bagi tempoh setahun akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. FOTO Hazreen Mohamad
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. FOTO Hazreen Mohamad

"Contohnya, ada atlet yang memerlukan perhatian yang lebih daripada ISN (Institut Sukan Negara).

"Ada juga atlet kita tidak boleh keluar (menyertai kejohanan antarabangsa), tidak berada dalam suasana yang boleh mengekalkan tahap kompetitif mereka.

"Sebab itu kita mahu hantar pemain kita menyertai Piala Thomas dan Uber tetapi kemudian ditunda," katanya selepas merasmikan program ISN Inspire di ISN Bukit Jalil, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli turut sama Pengerusi Lembaga ISN, Datuk Dr Rahmat Mohamad (kiri)

Katanya lagi jawatankuasa itu turut mencadangkan merangka program jangkamasa panjang, iaitu bukan hanya untuk persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo sebaliknya bagi dua kitaran Olimpik seterusnya.

"Mungkin kita akan buat kajian untuk melihat program ini secara menyeluruh," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 6:11 PM