GAYA  Calvert-Lewin (tengah) meraikan jaringan di London. FOTO AFP
GAYA Calvert-Lewin (tengah) meraikan jaringan di London. FOTO AFP
AFP

CARLO Ancelotti berkata, dia yakin Everton mampu mencabar kelompok enam teratas Liga Perdana musim ini selepas tandukan Dominic Calvert-Lewin menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham malam tadi, kali pertama sejak 2012.

Ancelotti yang mendapat khidmat pemain baru seperti James Rodriguez, Abdoulaye Doucoure dan Allan tampak lebih baik berbanding skuad menghuni tangga ke-12 musim lalu dan mereka berhak menang dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur.

"Kami tunjukkan yang kami mampu bersaing, mesej paling penting. Mampu bersaing jika semangat dan sikap kami bagus,'' kata Ancelotti.

AKSI tandukan Calvert-Lewin (tengah)  yang menghasilkan gol kemenangan Everton. FOTO AFP
AKSI tandukan Calvert-Lewin (tengah) yang menghasilkan gol kemenangan Everton. FOTO AFP

"Saya bercakap sebelum perlawanan, sasaran kami ialah slot Eropah. Perlawanan pertama bagus, kami akan lihat aksi kedua dan ketiga. Jadi, kami perlu tunggu tetapi saya amat yakin. ''Saya yakin sebelum perlawanan ini dan bertambah yakin sekarang tetapi kami perlu fokus.''

Spurs turut mengharapkan kejayaan pada musim penuh pertama Jose Mourinho sebagai pengurus tetapi tuan rumah kekurangan idea sekali gus permulaan hambar di tempat sendiri.''

"Saya tak suka pasukan saya,'' kata Mourinho yang tidak puas hati dengan sepakan percuma yang membawa kepada jaringan Everton sambil mendakwa pasukannya kekurangan persiapan.

"Selepas lawan mendapat gol, kami menjadi buruk. Kami kekurangan aspek fizikal, tiada kekuatan.''

Mourinho berkata, persiapan pramusim Spurs terjejas akibat ujian koronavoris tetapi dia tidak mendedahkan pemain terbabit.

Spurs juga berdepan tugas sukar apabila perlu mengharungi lapan perlawanan dalam masa tiga minggu selepas ini -- Liga Europa, Piala Liga dan Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 8:19 AM