BOTTAS (depan) dan Hamilton meraikan penguasaan Mercedes di sesi ujian masa di Silverstone. FOTO AFP
BOTTAS (depan) dan Hamilton meraikan penguasaan Mercedes di sesi ujian masa di Silverstone. FOTO AFP
AFP

VALTTERI Bottas berjaya mengetepikan Lewis Hamilton untuk sekali lagi membolehkan Mercedes menguasai barisan depan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 di Silverstone.

Niko Hulkenberg, yang menggantikan Sergio Perez selepas diuji positif kali kedua Covid-19, berajaya membantu Racing Point meraih petak ketiga.

Sementara itu, pelumba Red Bull, Max Verstappen berkongsi barisan kedua selepas mencatat masa keempat terpantas.

Bottas berjaya meraih petak utama buat kali ke-13 dalam kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 10:51 PM