SOLSKJAER hanya memburu kemenangan di King Power. FOTO AFP
SOLSKJAER hanya memburu kemenangan di King Power. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, mereka masih belum yakin untuk mengatakan sudah layak ke Liga Juara-Juara musim depan selagi belum berkunjung ke Leicester.

United sekarang ini menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi terakhir liga Ahad ini namun kekalahan di King Power bakal menyaksikan mereka tergelincir ke tangga kelima jika dalam masa sama Chelsea mencatat kemenangan ke atas Wolves.

"Kami mempunyai peluang terbaik untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan namun kami tidak tahu apa yang akan terjadi pada aksi terakhir.

"Kami hanya boleh berkunjung ke sana memberikan persembahan terbaik dan memperoleh keputusan cemerlang.

"Kami mahu ke sana dan mendominasi perlawanan. Kami hanya perlu memikirkan bagaimana untuk mengalahkan Leicester dan tidak akan mengubah sasaran. Kami mahu ke sana dan cuba untuk mencari kemenangan," kata Solskjaer.

Pasukan bimbingan pengendali kelahiran Norway itu berjaya mengatasi defisit lapan mata dengan Leicester dalam lapan perlawanan sejak saingan liga bersambung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 9:30 PM