PEMAIN Arsenal meraikan jaringan yang dilakukan Aubameyang (tiga dari kiri) ketika berdepan City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. FOTO AFP
PEMAIN Arsenal meraikan jaringan yang dilakukan Aubameyang (tiga dari kiri) ketika berdepan City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. FOTO AFP
AFP

ARSENAL melakar rekod 21 kali mara ke perlawanan akhir Piala FA apabila dua gol yang disumbangkan Pierre-Emerick Aubameyang membolehkan mereka melakukan kejutan menang 2-0 ke atas penyandang juara, Manchester City di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta memerangkap pengendali City, Pep Guardiola dengan serangan balas pantas tatkala Aubameyang meledak gol di kedua-dua separuh masa permainan sekali gus menyaksikan perancangan Arsenal kali ini sangat sempurna.

Arsenal akan berdepan Chelsea atau Manchester United, yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pada 1 Ogos ini di Stadium Wembley.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 7:19 AM