KANE (kiri) cuba melepaskan rembatan sebelum diasak pertahanan lawan, Nathan Ake, FOTO AFP
KANE (kiri) cuba melepaskan rembatan sebelum diasak pertahanan lawan, Nathan Ake, FOTO AFP
AFP

TOTTENHAM berdepan satu lagi keputusan mengecewakan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila dinafikan sepakan penalti walaupun Harry Kane ditolak pertahanan lawan dan perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho hanya mencatat sekali kemenangan daripada tiga aksi terakhir dan berada dalam bahaya terlepas peluang layak ke kejohanan Eropah buat kali pertama sejak musim 2009/10.

Tottenham sudah lama gagal memberikan persembahan terbaik namun ia diburukkan lagi dengan tidak mendapat sepakan penalti selepas Josh King menolak Kane dalam petak penalti,

"Pengadil yang sama yang membuat keputusan VAR ketika menentang Sheffield United, Michael Oliver. Pendapat ini bukan hanya diri saya sendiri. Semua tahu ia sepatutnya penalti.

"Perlawanan itu ada saat yanga sangat penting dan saya tidak mahu mengungkit perkara berkenaan. Semua orang tahu," kata Mourinho.

Berada pada kedudukan mata keseluruhan paling sedikit sejak 2011, musim ini mungkin tidak dapat dilupakan Tottenham, selepas dilihat tidak mempunyai sebarang peningkatan sejak Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat November lalu.

Selepas setahun mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, kedudukan tangga kesembilan di EPL, 10 mata ketinggalan dari kelompok empat terbaik dan mereka juga masih jauh untuk sekurang-kurangnya memburu slot Liga Europa.

Ahad ini mereka akan berdepan Arsenal dalam pertemuan sejiran London, tatkala musuh tradisi itu satu mata mengatasi mereka dan ia adalah peluang terakhir menyelamatkan mereka.

"Prestasi kami tidak cukup bagus. Kami masih lagi tumpul di bahagian serangan. Saya rasa perubahan yang dibuat membantu meningkatkan permainan pada 30 minit akhir tapi kami gagal menjaringkan gol," Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 8:49 AM